rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Thursday, April 1, 2010

kajian tindakan

semua guru diminta menyediakan proposal kajian tindakan bagi tahun 2010. Sila serahkan tajuk kajian tindakan kepada En Amirul Azman Bin Husain (Penyelaras Kajian Tindakan Sekolah)pada 6 April 2010 melalui email amirul_azman08@yahoo.com atau serah di sekolah.
Untuk rujukan dan panduan bagi menyiapkan kajian tindakan sila muat turun fail ini.

muat turun di sini

Tuesday, March 9, 2010

Strategic planning 2010

Programs to improve students achievement in English Language.


Complete data :-

download
matlamat strategik
perancangan
standard akademik
tindakan
operasi
cg
strategi

Thursday, March 4, 2010

Apa itu BLOG ?

Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik.

Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio (podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas.

Istilah "blog" merupakan kata lakur untuk perkataan "web" dan "log" (Web log). "Blog" juga boleh digunakan sebagai kata kerja yang membawa pengertian "untuk memeliharakan atau menambahkan isi kandungan ke dalam blog."

Pada bulan Nov 2007, Technorati, enjin carian blog, sedang menjejaki melebihi 120 juta blog, meningkat dua kali ganda sejak awal Januari 2007.

sumber : wikipedia

Wednesday, March 3, 2010

Bantu pelajar kurang kemampuan


Muhyiddin Yassin (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen antara Dr. Noel Robert (dua dari kiri) dan Wahid Hashim pada majlis pelancaran Biasiswa Utusan-YPC di Kementerian Pelajaran, Putrajaya, semalam. - BERNAMA


PUTRAJAYA 3 Mac - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan swasta di negara ini disaran membantu kerajaan menyediakan biasiswa kepada pelajar kurang berkemampuan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini bagi memastikan golongan itu tidak ketinggalan dalam penguasaan pendidikan sekali gus dapat meningkatkan modal insan terutama membabitkan bidang sains dan teknologi.

Menurutnya, meskipun kerajaan mengeluarkan peruntukan sehingga berbilion ringgit bagi menyediakan biasiswa namun masih ramai lagi pelajar miskin perlu diberi bantuan.

"Bilangan pelajar yang masih perlukan sokongan kewangan amat besar terutama mereka yang datang daripada keluarga miskin.

"Walaupun kita memberi keutamaan kepada mereka yang kurang berkemampuan, masih terdapat lagi anak-anak pintar yang di atas sebab-sebab tertentu tidak mendapat pembiayaan," katanya.

Beliau berucap melancarkan Skim Biasiswa Utusan-Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) di Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Kerjasama YPC dan akhbar Utusan Malaysia itu dimeterai melalui satu Memorandum Persefahaman (MoU) yang disaksikan Muhyidddin yang juga Menteri Pelajaran.

Melalui biasiswa bernilai RM1 juta itu, 200 pelajar kurang berkemampuan menikmati bantuan biasiswa berjumlah RM5,000 bagi tempoh pengajian selama setahun di Kolej YPC.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, inisiatif yang diambil oleh Utusan Malaysia dan YPC amat dialu-alukan oleh kerajaan dan diharap langkah itu diikuti oleh NGO dan yayasan yang lain.

Beliau berkata, inisiatif itu adalah satu komitmen kepada anak Malaysia kerana ia terbuka kepada para pelajar dari pelbagai kaum sekali gus melambangkan gagasan 1Malaysia.

"Kerjasama Utusan dan YPC itu merupakan satu gabungan yang baik dan ia perlu diteruskan.

"Kalau boleh lagi banyak yayasan (menaja biasiswa) adalah lebih baik," katanya.

Justeru, beliau berharap para pelajar yang akan dipilih menerima biasiswa itu dapat mengambil peluang untuk belajar bersungguh-sungguh.

"Saya berharap pelajar yang terpilih mengambil peluang itu dengan sebaik mungkin dan selepas ambil sijil dan diploma, mereka berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti," katanya.


sumber : utusan Malaysia online

Tuesday, March 2, 2010

e-kehadiran ditutup

salam

wsalam

selamat datang

salam

saya mewakili seluruh warga sk bandar endau mengucapkan terima kasih kerana kesudian anda melawat blog kami.

wsalam
Related Posts with Thumbnails